Jumaat, 5 Julai 2013

TIPS MEMPERKAYAKAN SUMBER PROTEIN

1. Perbanyakkan penggunaan susu tepung penuh krim kurang lemak dalam makanan anda untuk memperoleh khasiat protein yang berlipat ganda.

2. Ubah selera anda dengan menambahkan keju yang siap diaparut ke dalam sup, hidangan sayur, nasi dan mi. 

3. Telur adalah protein yang mudah didapati. Rebuskannya,kemudia cincang hingga hancur dan masukkannya ke dalam masakan seperti sos, sup dan hidangan berkuah yang lain. 

4. Daging atau ayam yang digoreng kunyit tentu menjemukan. Sesekali cubalah celupkan bersama telur atau susu kemudian sadurkan dengan gandum sebelum dibakar atau digoreng.

5. Gantikan penggunaan air dalam masakan dengan susu atau pati santan. Tetapi awas, pastikan garam dan gula juga seimbang agar tidak memuakkan. 

6. Pilihlah pencuci mulut yang diperbuat daripada telur, susu atau krim seperti kek span, kastad dan puding.

Biskut Nestum Kacang Walnut

Bahan-bahan :
250gm mentega
130gm gula aising 
300gm tepung 
100gm kacang walnut
1 biji telur 
200gm nestum 

Cara membuat :
Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang. Masukkan telur dan kacau perlahan-lahan. 
Kemudian, masukkan tepung, nestum dan kacang walnut ke dalam adunan dan gaul rata. 
Bentukkan adunan mengikut cita rasa pilihan. Bakar doh sehingga berwarna keperang-perangan. 
SELAMAT MENCUBA!!

Khamis, 4 Julai 2013

Daging Bakar Mutiara




Bahan-bahan :
- 600gm daging 
- 100gm minyak sapi

Bahan kisar : 
- 100gm bawang merah 
- 50gm bawang putih 
- 50gm cili giling 
- 40gm halia 
- 60gm serai
- 50gm jintan manis 
- 50gm jintan putih

Cara menyediakan :
1. Perap daging dengan bhan kisar selama 30 minit. 
2. Bakar daging hingga masak.
3. Biarkan seketika, setelah itu daging dihiris nipis. Enak dimakan 
    bersama air asam. 

Wajah Segar di Pagi Hari

Kekurangan waktu tidur akibat daripada terlampau sibuk akan menyebabkan wajah anda keletihan terutama sekali selepas bangun dari tidur. Paling menakutkan jika terdapat kantung mata yang akan menjejaskan penampilan anda. Hal ini terjadi disebabkan stress,alergi ataupun penyebab lain. Namun begitu, Pakar Kecantikan Liv Contreras dari Lashfully Salon di Amerika ada mengesyorkan beberapa tips untuk menghindari masalah ini agar anda mampu tampil segar sepanjang Ramadhan ini. Antaranya :-


1. CUCI MUKA DENGAN AIR SUAM-SUAM KUKU

Liz menyarankan agaranda membasuh muka dengan hanya menggunakan air suam-suam kuku sahaja berbanding air hangat kerana ia dapat mencederakan kulit muka. 


2. GUNAKAN MASKER

Masker mata dan masker wajah adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan wajah yang kelihatan lembab. Ini kerana masker akan bertindak menyegarkan kulit muka lantas menjadikan pengaliran darah di kawasan muka menjadi lancar.


3. OLESKAN POTONGAN BUAH 

Cara ini amatlah mudah kerana anda hanya perlu memotong buah-buahan yang diinginkan sehingga menjadi ukuran kecil kemudian bungkus buah-buahan tersebut dengan menggunakan tisu muka. Kemudian, oleskan ia ke seluruh wajah. Antara buah-buahan yang biasa digunakan ialah strawberi, pisang, epal, anggur dan sebagainya. 


4. LETAK AIS DI WAJAH

Ambil seketul ais dan sapukan pada keseluruhan kulit muka. Bagi kesan yang lebih baik setelah mengoles air batu letakkan pula hirisan timun pada wajah. Campuran ais batu dan mentimun ini dipercayai dapat membantu mengenyal serta menegangkan kulit wajah lantas menjadikannya kelihatan berseri-seri andai diamalkan selalu. 


5. JANGAN CUCI KETERLALUAN

Menggosok terlalu lama dengan kuat serta menggunakan pencuci muka dengan banyak tidak begitu baik kerana ia boleh merosakkan kulit muka anda. Cara yang terbaik, gosok dan urut muka dengan perlahan-lahan agar peredaran darah dan oksigen dapat berjalan dengan lancar di seluruh muka anda. 



SEPI SEORANG PERINDU

Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku
Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata
Betapa sepinya hidup seorang perindu
Sepi Seorang Perindu lyrics found on http://lyrics.my ]
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta
Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu
Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti

Isnin, 1 Julai 2013

BENGKEL MODUL KOKURIKULUM TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI & KECEKAPAN TENAGA PERINGKAT NEGERI

TUJUAN BENGKEL :-
a) Mendidik murid sekolah rendah (SR) tentang Tenaga Boleh Diperbaharui (TBB) dan 
     Kecekapan Tenaga (KT).
b) Melatih murid SR mengamalkan budaya cekap tenaga.
c) Memupuk keprihatinan murid, guru dan warga sekolah tentang kepentingan TBB dan 
    menerapkan KT dalam kehidupan
d) Wujudkan komuniti sekolah yang mengamalkan TBB dan KT. 

SASARAN :-
a) Murid SR seluruh Malaysia
b) Guru-guru SR seluruh Malaysia
c) Kakitangan dan warga SR seluruh Malaysia

OBJEKTIF PROJEK :-
* Wujudkan kesedaran tentang TBB dan KT di kalangan pelajar, guru-guru dan warga SR.




Rabu, 19 Jun 2013

KEDAMAIAN

Pagi menyapa embun
Sambil melihat burung berterbangan 
Hinggap ke pohon kasih 
Melihat ketenangan wajah langit 
Terbentang luas 
Tanpa menyaksikan keraguan 
Awan-awan putih berarak
Sambil berpimpin tangan 
Bersama hembusan angin 
Di celah gunung indah 
Mentari memancar cahaya 
Menyatakan kerinduan 
Diatas petak kedamaian. 

(Effendi Yusop)

TIPS KESIHATAN

SUP AYAM Turunkan Tekanan Darah


Hasil kaji selidik yang telah dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Industri Pemprosesan Daging Jepun menyatakan sup ayam mampu menurunkan tekanan darah bagi pesakit yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi. Mereka mendapati terdapat bahan yang boleh menurunkan tekanan darah dalam daging ayam iaitu kologen yang berfungsi seperti ACE. Sementara itu, hasil kajian yang dijalankan ke atas tikus yang bertekanan darah tinggi menunjukkan tekanan darah tikus tersebut turun dengan begitu ketara setelah diberi makan kologen tersebut. 


KACANG PISTASIO Turunkan Jumlah Kolestrol

Kacang pistasio sememangnya mempunyai khasiat tersendiri antaranya zat besi, folat, kalium, niasin riboflafin dan sebagainya. Kacang berwarna hijau ini juga mengandungi banyak fitoterol yang dapat membantu menurunkan risiko terkena penyakit jantung serta beberapa jenis kanser. Hasil kajian yang dijalankan oleh para penyelidik dari Pennsylvania State University ke atas responden yang diminta memakan lebih kurang 42 gram pistasio setiap hari menunjukkan pada akhir minggu keempat mereka yang rajin memakan kacang pistasio berjaya menurunkan sejumlah kadar kolestrol mereka sehingga sekitar 6.7 peratus, dan kolestrol LDL (kolestrol 'jahat') hingga 11.6 peratus. 


TOMATO Cegah Penyakit Bahaya

Tomato bukan sahaja baik untuk kesihatan kulit namun dalam masa yang sama mampu mencegah penyakit berbahaya. Ini kerana ia mengandungi banyak lycopene. Lycopene merupakan anti oksidan yang sangat efisien yang dapat meneutralkan radikal. Kerosakan yang ditimbulkan akibat radikal bebas merupakan salah satu penyebab utama munculnya penyakit seperti kanser, jantung, penuaan dan sebagainya. Menurut Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, cara terbaik untuk mendapatkan lycopene adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato serta produk yang diperbuat daripada bahan itu seperti pes tomato, sos spageti, jus tomatodan sebagainya.


Rabu, 29 Mei 2013

Mempunyai seorang SAHABAT SEJATI lebih berharga dari 1000 teman yang mementingkan diri sendiri... (*,*)

Kisah Sebuah Celana Pendek karya Idrus

Sinopsicerpen

Cerpen ini berkisah tentang Kusno dengan seluar pendeknya pemberian dari ayahnya. Seluar satu-satunya yang dia miliki. Kusno adalah seorang pemuda usia 14 tahun yang baru saja lulus sekolah rakyat dan hendak mencari kerja. Namun berkali-kali dia melamar selalu ditolak. Dan akhirnya dia berjaya menjadi opas. Tapi dengan gaji seorang opas, Kuno tidak mampu lagi membeli seluar. Wang yang ada untuk makan saja tidak mencukupi. Makin lama seluar itu makin lusuh warnanya makin pudar dan benangnya mulai lepas.
Ketika akan meminta seluar kepada ketuanya dia malah dibentak. Kusno akhirnya memilih keluarga dari pekerjaannya. Dia kemudia sakit kerana kelaparan.Ingin rasanya dia menjual seluarnya, tetapi niatnya itu diurungkannya. Ia akhirnya memilih hidup dengan memakan daun-daun kayu.

Analisis   sosiologi sastera berdasarkan teori Hippolyte Taine
Dalam cerpen Kisah Sebuah Celana Pendek karya Idrus kami hanya mencari tentang persekitaran sosial.
Persekitaran sosial (iklim sosial):
Yaitu tentang bagaimana orang kecil hidup pada waktu itu. Dalam cerpen ini rakyat kecil hidup hanya dengan berbagai keterbatasan dan kesengsaraan. Dalam pendidikan mereka hanya sampai lulus sekolah rakyat. Mereka tidak boleh memperoleh pendidikan yang lebih tinggi lagi dimana ini membuat mereka tidak boleh memperoleh pekerjaan yang bagus. Mereka hanya boleh menjadi seorang opas dengan gaji yang minimum atau kecil. Untuk makan saja kurang apalagi untuk membeli seluar. Hak orang kecil untuk hidup lebih baik terabaikan. Dan masyarakat dalam cerpen ini digambarkan mereka hanya boleh menerima semua itu dengan pasrah.Mereka tidak punya sifat untuk melawan, tetapi mereka hanya pasrah menjalani dan menerima semuanya. Padahal mereka hidup di tanah airnya, tetapi kalah dengan penguasa iaitu penjajah.
Jepun yang disambut dan begitu diharapkan untuk membawa ke hal yang lebih baik justru membawa masyarakat ini (Kusno) ke hal yang lebih buruk lagi. Sebelum Jepun datang, walau susah payah mereka (ayah Kusno) masih boleh membelikan seluar, tetapi selepas Jepun datang jangankan untuk membeli seluar makan pun mereka tidak boleh. Masyarakat hidup lebih menderita lagi.
Situasi ini merupakan gambaran dari keadaan masyarakat pada waktu itu atau ketika karya sastera ini diciptakan yaitu tahun 40-an. Di mana waktu itu kerajaan Belanda menghadkan pendidikan untuk orang pribumi. Mereka hanya boleh bersekolah sampai lulus sekolah rakyat saja. Imbasnya masyarakat yang hidup pada waktu itu tidak pintar. Mereka hanya boleh baca tulis itu sudah cukup. Hanya kaum bangsawan saja yang boleh bersekolah lebih tinggi. Dengan tahap pendidikan seperti itu, maka secara automatik mereka tidak boleh memperoleh pekerjaan yang lebih baik. Selepas Jepun masuk tahun 1942 mereka berharap kehidupan akan lebih baik.Tetapi ternyata kehidupan menjadi lebih buruk. Jepun lebih kejam dari Belanda.Masyarakat kecil hidup lebih menderita lagi. Banyak orang kelaparan, tidak punya pakaian, penyakit di mana-mana. Dan orang-orang kecil ini tidak punya keberanian melawan. Mereka pasrah pada nasib mereka. Mereka hanya cuba bertahan.
Situasi persekitaran sosial   orang kecil inilah yang cuba diangkat oleh Idrus dalam karyanya. Budaya pasrah dan nrimo yang kental diangkat dalam karya ini mempunyai watak yang sama dengan sikap masyarakat kecil pada waktu itu. .Masyarakat yang pasrah dan menerima apa yang ada. Masyarakat yang tidak boleh melawan penjajah, mereka hanya berusaha bertahan.