Kekurangan waktu tidur akibat daripada terlampau sibuk akan menyebabkan wajah anda keletihan terutama sekali selepas bangun dari tidur. Paling menakutkan jika terdapat kantung mata yang akan menjejaskan penampilan anda. Hal ini terjadi disebabkan stress,alergi ataupun penyebab lain. Namun begitu, Pakar Kecantikan Liv Contreras dari Lashfully Salon di Amerika ada mengesyorkan beberapa tips untuk menghindari masalah ini agar anda mampu tampil segar sepanjang Ramadhan ini. Antaranya :-
1. CUCI MUKA DENGAN AIR SUAM-SUAM KUKU
Liz menyarankan agaranda membasuh muka dengan hanya menggunakan air suam-suam kuku sahaja berbanding air hangat kerana ia dapat mencederakan kulit muka.
2. GUNAKAN MASKER
Masker mata dan masker wajah adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan wajah yang kelihatan lembab. Ini kerana masker akan bertindak menyegarkan kulit muka lantas menjadikan pengaliran darah di kawasan muka menjadi lancar.
3. OLESKAN POTONGAN BUAH
Cara ini amatlah mudah kerana anda hanya perlu memotong buah-buahan yang diinginkan sehingga menjadi ukuran kecil kemudian bungkus buah-buahan tersebut dengan menggunakan tisu muka. Kemudian, oleskan ia ke seluruh wajah. Antara buah-buahan yang biasa digunakan ialah strawberi, pisang, epal, anggur dan sebagainya.
4. LETAK AIS DI WAJAH
Ambil seketul ais dan sapukan pada keseluruhan kulit muka. Bagi kesan yang lebih baik setelah mengoles air batu letakkan pula hirisan timun pada wajah. Campuran ais batu dan mentimun ini dipercayai dapat membantu mengenyal serta menegangkan kulit wajah lantas menjadikannya kelihatan berseri-seri andai diamalkan selalu.
5. JANGAN CUCI KETERLALUAN
Menggosok terlalu lama dengan kuat serta menggunakan pencuci muka dengan banyak tidak begitu baik kerana ia boleh merosakkan kulit muka anda. Cara yang terbaik, gosok dan urut muka dengan perlahan-lahan agar peredaran darah dan oksigen dapat berjalan dengan lancar di seluruh muka anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan