Rabu, 19 Jun 2013

TIPS KESIHATAN

SUP AYAM Turunkan Tekanan Darah


Hasil kaji selidik yang telah dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Industri Pemprosesan Daging Jepun menyatakan sup ayam mampu menurunkan tekanan darah bagi pesakit yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi. Mereka mendapati terdapat bahan yang boleh menurunkan tekanan darah dalam daging ayam iaitu kologen yang berfungsi seperti ACE. Sementara itu, hasil kajian yang dijalankan ke atas tikus yang bertekanan darah tinggi menunjukkan tekanan darah tikus tersebut turun dengan begitu ketara setelah diberi makan kologen tersebut. 


KACANG PISTASIO Turunkan Jumlah Kolestrol

Kacang pistasio sememangnya mempunyai khasiat tersendiri antaranya zat besi, folat, kalium, niasin riboflafin dan sebagainya. Kacang berwarna hijau ini juga mengandungi banyak fitoterol yang dapat membantu menurunkan risiko terkena penyakit jantung serta beberapa jenis kanser. Hasil kajian yang dijalankan oleh para penyelidik dari Pennsylvania State University ke atas responden yang diminta memakan lebih kurang 42 gram pistasio setiap hari menunjukkan pada akhir minggu keempat mereka yang rajin memakan kacang pistasio berjaya menurunkan sejumlah kadar kolestrol mereka sehingga sekitar 6.7 peratus, dan kolestrol LDL (kolestrol 'jahat') hingga 11.6 peratus. 


TOMATO Cegah Penyakit Bahaya

Tomato bukan sahaja baik untuk kesihatan kulit namun dalam masa yang sama mampu mencegah penyakit berbahaya. Ini kerana ia mengandungi banyak lycopene. Lycopene merupakan anti oksidan yang sangat efisien yang dapat meneutralkan radikal. Kerosakan yang ditimbulkan akibat radikal bebas merupakan salah satu penyebab utama munculnya penyakit seperti kanser, jantung, penuaan dan sebagainya. Menurut Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, cara terbaik untuk mendapatkan lycopene adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato serta produk yang diperbuat daripada bahan itu seperti pes tomato, sos spageti, jus tomatodan sebagainya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan