Jumaat, 5 Julai 2013

Biskut Nestum Kacang Walnut

Bahan-bahan :
250gm mentega
130gm gula aising 
300gm tepung 
100gm kacang walnut
1 biji telur 
200gm nestum 

Cara membuat :
Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang. Masukkan telur dan kacau perlahan-lahan. 
Kemudian, masukkan tepung, nestum dan kacang walnut ke dalam adunan dan gaul rata. 
Bentukkan adunan mengikut cita rasa pilihan. Bakar doh sehingga berwarna keperang-perangan. 
SELAMAT MENCUBA!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan