Jumaat, 5 Julai 2013

TIPS MEMPERKAYAKAN SUMBER PROTEIN

1. Perbanyakkan penggunaan susu tepung penuh krim kurang lemak dalam makanan anda untuk memperoleh khasiat protein yang berlipat ganda.

2. Ubah selera anda dengan menambahkan keju yang siap diaparut ke dalam sup, hidangan sayur, nasi dan mi. 

3. Telur adalah protein yang mudah didapati. Rebuskannya,kemudia cincang hingga hancur dan masukkannya ke dalam masakan seperti sos, sup dan hidangan berkuah yang lain. 

4. Daging atau ayam yang digoreng kunyit tentu menjemukan. Sesekali cubalah celupkan bersama telur atau susu kemudian sadurkan dengan gandum sebelum dibakar atau digoreng.

5. Gantikan penggunaan air dalam masakan dengan susu atau pati santan. Tetapi awas, pastikan garam dan gula juga seimbang agar tidak memuakkan. 

6. Pilihlah pencuci mulut yang diperbuat daripada telur, susu atau krim seperti kek span, kastad dan puding.

Biskut Nestum Kacang Walnut

Bahan-bahan :
250gm mentega
130gm gula aising 
300gm tepung 
100gm kacang walnut
1 biji telur 
200gm nestum 

Cara membuat :
Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang. Masukkan telur dan kacau perlahan-lahan. 
Kemudian, masukkan tepung, nestum dan kacang walnut ke dalam adunan dan gaul rata. 
Bentukkan adunan mengikut cita rasa pilihan. Bakar doh sehingga berwarna keperang-perangan. 
SELAMAT MENCUBA!!

Khamis, 4 Julai 2013

Daging Bakar Mutiara




Bahan-bahan :
- 600gm daging 
- 100gm minyak sapi

Bahan kisar : 
- 100gm bawang merah 
- 50gm bawang putih 
- 50gm cili giling 
- 40gm halia 
- 60gm serai
- 50gm jintan manis 
- 50gm jintan putih

Cara menyediakan :
1. Perap daging dengan bhan kisar selama 30 minit. 
2. Bakar daging hingga masak.
3. Biarkan seketika, setelah itu daging dihiris nipis. Enak dimakan 
    bersama air asam. 

Wajah Segar di Pagi Hari

Kekurangan waktu tidur akibat daripada terlampau sibuk akan menyebabkan wajah anda keletihan terutama sekali selepas bangun dari tidur. Paling menakutkan jika terdapat kantung mata yang akan menjejaskan penampilan anda. Hal ini terjadi disebabkan stress,alergi ataupun penyebab lain. Namun begitu, Pakar Kecantikan Liv Contreras dari Lashfully Salon di Amerika ada mengesyorkan beberapa tips untuk menghindari masalah ini agar anda mampu tampil segar sepanjang Ramadhan ini. Antaranya :-


1. CUCI MUKA DENGAN AIR SUAM-SUAM KUKU

Liz menyarankan agaranda membasuh muka dengan hanya menggunakan air suam-suam kuku sahaja berbanding air hangat kerana ia dapat mencederakan kulit muka. 


2. GUNAKAN MASKER

Masker mata dan masker wajah adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan wajah yang kelihatan lembab. Ini kerana masker akan bertindak menyegarkan kulit muka lantas menjadikan pengaliran darah di kawasan muka menjadi lancar.


3. OLESKAN POTONGAN BUAH 

Cara ini amatlah mudah kerana anda hanya perlu memotong buah-buahan yang diinginkan sehingga menjadi ukuran kecil kemudian bungkus buah-buahan tersebut dengan menggunakan tisu muka. Kemudian, oleskan ia ke seluruh wajah. Antara buah-buahan yang biasa digunakan ialah strawberi, pisang, epal, anggur dan sebagainya. 


4. LETAK AIS DI WAJAH

Ambil seketul ais dan sapukan pada keseluruhan kulit muka. Bagi kesan yang lebih baik setelah mengoles air batu letakkan pula hirisan timun pada wajah. Campuran ais batu dan mentimun ini dipercayai dapat membantu mengenyal serta menegangkan kulit wajah lantas menjadikannya kelihatan berseri-seri andai diamalkan selalu. 


5. JANGAN CUCI KETERLALUAN

Menggosok terlalu lama dengan kuat serta menggunakan pencuci muka dengan banyak tidak begitu baik kerana ia boleh merosakkan kulit muka anda. Cara yang terbaik, gosok dan urut muka dengan perlahan-lahan agar peredaran darah dan oksigen dapat berjalan dengan lancar di seluruh muka anda. 



SEPI SEORANG PERINDU

Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku
Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata
Betapa sepinya hidup seorang perindu
Sepi Seorang Perindu lyrics found on http://lyrics.my ]
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta
Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu
Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti

Isnin, 1 Julai 2013

BENGKEL MODUL KOKURIKULUM TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI & KECEKAPAN TENAGA PERINGKAT NEGERI

TUJUAN BENGKEL :-
a) Mendidik murid sekolah rendah (SR) tentang Tenaga Boleh Diperbaharui (TBB) dan 
     Kecekapan Tenaga (KT).
b) Melatih murid SR mengamalkan budaya cekap tenaga.
c) Memupuk keprihatinan murid, guru dan warga sekolah tentang kepentingan TBB dan 
    menerapkan KT dalam kehidupan
d) Wujudkan komuniti sekolah yang mengamalkan TBB dan KT. 

SASARAN :-
a) Murid SR seluruh Malaysia
b) Guru-guru SR seluruh Malaysia
c) Kakitangan dan warga SR seluruh Malaysia

OBJEKTIF PROJEK :-
* Wujudkan kesedaran tentang TBB dan KT di kalangan pelajar, guru-guru dan warga SR.