DEFINISI
- Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik
adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang
dan sebagainya.
- Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan
teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh
guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu
bahagian bahasa tertentu.
- Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar
Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa,
teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang
benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk
mencapai sesuatu objektif.
- Teknik merupakan suatu alat yang digunakan
oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah
dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar
dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
- Teknik main peranan
- Teknik permainan bahasa
- Teknik latih tubi
- Teknik bercerita
- Teknik inkuiri
- Teknik perbahasan
- Teknik kuiz
- Teknik sumbangsaran
- Teknik soal jawab
- Teknik simulasi
- Teknik drama
- Teknik perbincangan
- Teknik forum
- Teknik dialog
TUJUAN TEKNIK
- Menarik Minat murid
- Mengekalkan perhatian
- Membangkitkan ras ingin
tahu
TEKNIK LATIH - TUBI
- Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan
fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
- Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan
kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.
- Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa
Melayu
- Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu
kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat
fakta-fakta penting.
- Melalui teknik ini pelajar akan mengalami
proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta
tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
- Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut
(audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
- Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan
kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :
- Sebutan (accent)
-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk
intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
- Tatabahasa (grammer)
-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua
aspek.
- Perbendaharaan kata (vocabulary)
-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya
dalam situasi tertentu.
- Kefasihan (fluency)
-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa
memikirkan apakah maksudnya.
- Kefahaman (comprehension)
-latihan memahami soalan dan memberikan
jawapan yang wajar.
- Teknik ini dikenali juga dengan teknik
menghafaz.
- Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan
kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.
- Namun begitu, teknik ini amat berguna dan
sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.
TEKNIK SIMULASI
- Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang
diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar
berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat
keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
- Melalui teknik ini para pelajar dapat
menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan
temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
- Dalam proses ini pelajar digalakan untuk
memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada
pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
- Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat
digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan
membaca dan menulis.
- Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik
yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses
pengajaran dan pembelajaran.
TEKNIK MAIN PERANAN
- Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu
situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
- Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai
watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
- Main peranan ialah dramatisasi yang tiada
kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan
atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya
mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara
spontan.
- Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran
masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara
membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar
rakaman dan sebagainya.
TEKNIK SUMBANGSARAN
- Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan
fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang
membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
- Boleh didekati sebagai aktiviti permainan
bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti
perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah
menengah, universiti dan latihan profesional.
- Menekankan pengeluaran idea daripada
pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.
Tujuan Sumbangsaran
- Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan
minat murid
- Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
- Semua cadangan dan idea yang dikemukakan
haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.
- Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi
yang betul-betul layak
- Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan
cadangan
- Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak
idea
- Suasana perbincangan yang tidak formal
hemdaklah diwujudkan.
- Pastikan peruntukan masa untuk sesi
sumbangsaran adalah patut dan mencukupi
- Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why?
Who? Where? How? )
- Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh
dikritik
- Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli
yang pelbagai kebolehan
TEKNIK PERMAINAN BAHASA
- Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam
mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
- Penglibatan dalam permainan telah memberi
peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna
dan sebagai alat dianogstik.
- Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan
menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
- Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang
bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan
Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan
melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
- merangsang interaksi verbal pelajar
- menambah kefasihan dan keyakinan
- menyediakan konteks pembelajaran
- bertindak sebagai alat yang dapat mengikis
rasa bosan
- bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan
dan penggayaan
TEKNIK SOAL – JAWAB
- Merupakan teknik yang paling lama dan paling
popular digunakan dalam bidang pendidikan
- Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah
dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi
guru dengan murid secara berkesan.
- Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru
mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar
dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
- Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan
pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
- Tujuan utama teknik soal jawab ialah :
- Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
- Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara
kreatif, inovatif, logik dan kritis.
- Untuk mendorong pelajar menyusun dan
menghuraikan bahan yang diajar.
- Soalan yang terancang dan bermutu dapat
membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
TEKNIK BERCERITA
- Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan
sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
- Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan
kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
- Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.
- Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian
agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian
perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan
mata.
- Suara memainkan peranan yang penting dimana ia
harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
- Langkah-langkah dalam persediaan teknik
bercerita ialah :
- Pilih cerita yang sesuai dengan umur,
kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi
pelajaran yang hendak disampaikan.
- Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek
bahasa.
- Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
- Latih bercerita seolah-olah guru berada
dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik
ini.
- Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
- Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek
sebenar atau lain-lain BBM.
- Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau
ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak
disampaikan.
TEKNIK DRAMA
- Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan
kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan
audiolingual.
- Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar
menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi)
dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan
berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
- Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang
pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang
dipelajarinya.
- Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat
penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
- Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran
iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
- Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan
pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.
TEKNIK INKUIRI
- Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau
siasat.
- Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk
mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.
- Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan
pelajar.
- Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang
dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar
kerana pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat
melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
- Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini
termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis.
- Pengendalian teknik inkuiri ialah :
- Proses mengenali masalah
- Mengkaji ramalan
- Mengumpul maklumat
- Menganalisis
- Membuat rumusa
TEKNIK PERBINCANGAN
- Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu
aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya
untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian
Pendidikan 1990:85).
- Teknik perbincangan adalah satu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan
dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.
- Melibatkan aktiviti perbincangan antara
pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing
mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat,
forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.
- Dalam perbincangan ini akan memberi peluang
dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal.
Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat
melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.
- Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti
ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.
- Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut
langkah-langkah berikut :
- Guru menarik perhatian murid kepada tajuk
perbincangan yang akan dijalankan.
- Guru membahagikan murid kepada beberapa
kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh
dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat
dijalankan dan dicapai.
- Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan
mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
- Ketika perbincangan guru harus bergerak dari
satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang
perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara
yang betul.
- Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta
laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan
dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru
bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.
TEKNIK FORUM
- Forum merupakan satu sesi perbincangan yang
melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan
pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.
- Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti
lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan
pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea
dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
- Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum
yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan
kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
- Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada
sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
TEKNIK PERBAHASAN
- Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau
membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang
tersusun.
- Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk
semua peringkat pelajar di sekolah menengah.
- Antara manfaat teknik ini ialah :
- Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi
dengan berkesan
- Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan
buah fikiran dengan tepat dan teratur
- Menguasai kemahiran berbahasa dengan
menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
- Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan
kreatif.
- Melatih kemahiran mendengar, menaakul,
berhujah dan membidas.
- Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk
memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar.
- Perkembangan kebolehan berbahas dengan
sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa,
perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan
sifat-sifat kepimpinan.
TEKNIK KUIZ
- Diperkenalkan pada tahun 1940 di England
melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).
- Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah
dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah
Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.
- Tujuannya ialah :
- Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan
pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.
- Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
- Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka
dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.
- Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir
yang baru.
- Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu
terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
- Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran
bahasa melalui teknik ini iaitu :
- Ia dijalankan secara spontan pada peringkat
permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan
sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.
- Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi
pertandingan antara pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan