Penggabungjalinan
ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang
kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang
baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk
menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling
melengkapi.
TUJUAN STRATEGI PENGGABUNGJALINAN
a) Kemahiran dapat dikuasai
serentak
b) Bentuk pengajaran lebih
menarik dan berkesan
c) Berpeluang untuk
menggunakan kemahiran secara semulajadi
d) Aktiviti melibatkan
pelbagai kemahiran dan ramai pelajar
PRINSIP PENGGABUNGJALINAN
a) Mudah ubah, bergantung
pada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.
b) Guru mesti tahu apa dan berapakemahiran yang
digabungjalinkan.
c) Kemahiran fokus dan
sampingan hendaklah dirancang dengan baik.
d) Berdasarkan kebolehan dan
pencapaian pelajar.
BENTUK-BENTUK PENGGABUNGJALINAN
a) Penggabungjalinan Kemahiran
-
Kemahiran Mendengar
-
Kemahiran Bertutur
-
Kemahiran Membaca
-
Kemahiran Menulis
-
Bahasa Melayu
b) Penggabungjalinan Bahan
-
Penggabungjalinan ini memberi tumpuan kepada bahan atau tema
pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau
bahan sokongan.
c) Penggabungjalinan Aktiviti
-
Boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya 2 aktiviti atau lebih
mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek
lisan, bacaan dan kefahaman serta tulisan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan