Ahad, 7 Oktober 2012

PENGGABUNGJALINAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

 Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. 

TUJUAN STRATEGI PENGGABUNGJALINAN
a)      Kemahiran dapat dikuasai serentak
b)      Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan
c)      Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semulajadi
d)      Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar

PRINSIP PENGGABUNGJALINAN
a)   Mudah ubah, bergantung pada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.
b)   Guru  mesti tahu apa dan berapakemahiran yang digabungjalinkan.
c)    Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik.
d)   Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.

BENTUK-BENTUK PENGGABUNGJALINAN
a)      Penggabungjalinan Kemahiran
-          Kemahiran Mendengar
-          Kemahiran Bertutur 
-          Kemahiran Membaca
-          Kemahiran Menulis
-          Bahasa Melayu
b)      Penggabungjalinan Bahan
-          Penggabungjalinan ini memberi tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan.
c)      Penggabungjalinan Aktiviti
-          Boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya 2 aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan, bacaan dan kefahaman serta tulisan.  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan