Ahad, 7 Oktober 2012

DIDIK HIBUR


FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAKSANAAN DIDIK HIBUR

Guru      : Kejayaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak
  kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang   
  pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru,
  beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu :

a)       Perwatakan guru yang menarik.
b)      Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.
c)       Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak ramai.
d)      Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.
e)      Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti
f)       Guru boleh membuat pelbagai suara.
g)      Guru boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.
h)      Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhati.
i)        Guru boleh kebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak.
j)        Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel.


 KEJAYAAN DIDIK HIBUR SECARA BERKESAN BERGANTUNG KEPADA AKTIVITI YANG DIRANCANG. AKTIVITI PERLU DILAKUKAN, IALAH :

a)      Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.
b)      Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama.
c)       Penyerapan didik hibur perlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukkan masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.
d)      Aktiviti didik hibur boleh dilaksanakan, dijalankan dan diselesaikan bersama murid tanpa ada banyak masalah atau halangan.
e)      Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.
f)       Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.
g)      Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada murid yang menyertainya serta boleh disertai seramai mungkin murid.

PENUTUP

-          Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri pendidikan Negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasi pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan “fun learning” yang digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan