Jumaat, 5 Julai 2013

TIPS MEMPERKAYAKAN SUMBER PROTEIN

1. Perbanyakkan penggunaan susu tepung penuh krim kurang lemak dalam makanan anda untuk memperoleh khasiat protein yang berlipat ganda.

2. Ubah selera anda dengan menambahkan keju yang siap diaparut ke dalam sup, hidangan sayur, nasi dan mi. 

3. Telur adalah protein yang mudah didapati. Rebuskannya,kemudia cincang hingga hancur dan masukkannya ke dalam masakan seperti sos, sup dan hidangan berkuah yang lain. 

4. Daging atau ayam yang digoreng kunyit tentu menjemukan. Sesekali cubalah celupkan bersama telur atau susu kemudian sadurkan dengan gandum sebelum dibakar atau digoreng.

5. Gantikan penggunaan air dalam masakan dengan susu atau pati santan. Tetapi awas, pastikan garam dan gula juga seimbang agar tidak memuakkan. 

6. Pilihlah pencuci mulut yang diperbuat daripada telur, susu atau krim seperti kek span, kastad dan puding.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan