AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
1. Ayat aktif dan ayat pasif ialah dua ayat yang berlainan bentuknya tetapi membawa maksud yang sama.
2. Ayat aktif mengutamakan si pelaku sebagai subjek dan mengandungi kata kerja berawalan "meN-" ("me-", "mem-", "men-", "menge-", dan "menye-").
Contoh :
a) Ibu memasak nasi.
b) Murid-murid itu sedang membersihkan kelas mereka.
3. Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya serta kata kerja tidak berawalan
atau kata kerja berawalan "di-" beserta dengan kata sendi nama "oleh" (di.... oleh)
Contoh :
a) Nasi dimasak oleh ibu.
b) Kelas sedang dibersihkan oleh murid-murid.
4. Ayat pasif terdiri daripada tiga jenis ayat, iaitu :
a) Ayat pasif diri pertama
- tidak mengandungi awalan "meN-" dan didahului oleh kata ganti nama diri pertama seperti
aku, kami, kita, saya dan sebagainya.
Contoh :
a) Ayat aktif : Saya membaca buku itu.
Ayat Pasif : Buku itu saya baca.
b) Ayat aktif : Kami melukis mural itu.
Ayat pasif : Mural itu kami lukis.
c) Ayat aktif : Aku menjahit baju itu.
Ayat pasif : Baju itu aku jahit.
b) Ayat aktif diri kedua
- tidak mengandungi awalan "meN-" dan didahului dengan kata ganti diri kedua seperti awak,
engkau, anda, kamu dan sebagainya.
Contoh :
a) Ayat aktif : Awak lipat kain ini.
Ayat pasif : Kain ini awak lipat.
b) Ayat aktif : Engkau patut menasihati dia.
Ayat pasif : Dia patut engkau nasihati.
c) Ayat aktif : Kamu perlu menaiki teksi.
Ayat pasif : Teksi perlu engkau naiki.
c) Ayat pasif diri ketiga
- berwalam "di-" dan disambut dengan kata sendi "oleh" (di..... oleh) serta kata ganti diri ketiga
seperti dia, mereka, beliau, dan sebagainya.
Contoh :
a) Ayat aktif : Dia mencatat nota itu.
Ayat pasif : Nota itu dicatat olehnya.
b) Ayat aktif : Mereka sedang menebang pokok itu.
Ayat pasif : Pokok itu sedang ditebang oleh mereka.
c) Ayat aktif : Ayah menebang pokok itu.
Ayat pasif : Pokok itu ditebang oleh ayah.