AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
1. Ayat aktif dan ayat pasif ialah dua ayat yang berlainan bentuknya tetapi membawa maksud yang sama.
2. Ayat aktif mengutamakan si pelaku sebagai subjek dan mengandungi kata kerja berawalan "meN-" ("me-", "mem-", "men-", "menge-", dan "menye-").
Contoh :
a) Ibu memasak nasi.
b) Murid-murid itu sedang membersihkan kelas mereka.
3. Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya serta kata kerja tidak berawalan
atau kata kerja berawalan "di-" beserta dengan kata sendi nama "oleh" (di.... oleh)
Contoh :
a) Nasi dimasak oleh ibu.
b) Kelas sedang dibersihkan oleh murid-murid.
4. Ayat pasif terdiri daripada tiga jenis ayat, iaitu :
a) Ayat pasif diri pertama
- tidak mengandungi awalan "meN-" dan didahului oleh kata ganti nama diri pertama seperti
aku, kami, kita, saya dan sebagainya.
Contoh :
a) Ayat aktif : Saya membaca buku itu.
Ayat Pasif : Buku itu saya baca.
b) Ayat aktif : Kami melukis mural itu.
Ayat pasif : Mural itu kami lukis.
c) Ayat aktif : Aku menjahit baju itu.
Ayat pasif : Baju itu aku jahit.
b) Ayat aktif diri kedua
- tidak mengandungi awalan "meN-" dan didahului dengan kata ganti diri kedua seperti awak,
engkau, anda, kamu dan sebagainya.
Contoh :
a) Ayat aktif : Awak lipat kain ini.
Ayat pasif : Kain ini awak lipat.
b) Ayat aktif : Engkau patut menasihati dia.
Ayat pasif : Dia patut engkau nasihati.
c) Ayat aktif : Kamu perlu menaiki teksi.
Ayat pasif : Teksi perlu engkau naiki.
c) Ayat pasif diri ketiga
- berwalam "di-" dan disambut dengan kata sendi "oleh" (di..... oleh) serta kata ganti diri ketiga
seperti dia, mereka, beliau, dan sebagainya.
Contoh :
a) Ayat aktif : Dia mencatat nota itu.
Ayat pasif : Nota itu dicatat olehnya.
b) Ayat aktif : Mereka sedang menebang pokok itu.
Ayat pasif : Pokok itu sedang ditebang oleh mereka.
c) Ayat aktif : Ayah menebang pokok itu.
Ayat pasif : Pokok itu ditebang oleh ayah.
Ahad, 16 Jun 2019
Rabu, 15 Oktober 2014
SENYUMLAH SAYANG...
Apabila tersenyum... KEMESRAAN akan terserlah di wajah kamu. Dengan ini, kamu pasti lebih disukai dan dihargai kerana SENYUMAN adalah lambang KEMESRAAN dan PERSAHABATAN yang harmoni. Dengan senyuman juga kamu akan mendapat kenalan yang lebih ramai.
Sebaliknya, apabila kamu BERMURAM yang pastinya mulut akan melengkung ke bawah dan wajah kamu tampak MASAM dan MURAM. Bila nampak muram, tentunya tercipta berbagi andaian buruk, permusuhan ataupun keteganga. Tentunya tidak menguntungkan dan seolah-olah kamu menghalau silaturrahim dan kenalan.
Latihan RBT tahun 4
1.
Jadual tugasan dibina berpandukan
struktur organisasi bengkel untuk memastikan bengkel
I
sentiasa bersih.
II
susunan perabot teratur.
III mendisiplinkan murid.
IV
tidak dibersihkan oleh guru.
A. I dan
II C. III
dan IV
B. II dan
III D. I dan
IV
2.
Antara berikut, yang manakah contoh pakaian yang perlu
digunakan murid semasa melakukan aktiviti
amali?
I Penutup mulut
II
Peti pertolongan cemas
III
Panel alatan tangan
IV
Apron
A. I dan
II C.
III dan IV
B. II dan
III D. I dan
IV
3.
Panel alatan tangan digunakan sebagai
tempat menyimpan
________________.
A. beg murid C. alatan tangan
B. ubat-ubatan D.
barang berharga
4.
. Motor memerlukan _____________ untuk
menggerakkan gear pada kit model.
A. tenaga elektrik
B. gandar
C. set roda penggerak
D. roda
5. Manual ialah ________________ yang
mengandungi
maklumat berkaitan dengan tugas dan cara
melaksanakan tugas
tersebut dengan teratur.
A. alatan tangan
B. aplikasi
C. kemahiran
D. dokumen bertulis
6. Apakah jenis alatan yang yang digunakan untuk
mencengkam
bahan dana komponen kecil?
A. Sepana hujung terbuka
B. Pemutar skru Phillip
C. Playar muncung tirus
D. Pemutar skru mata rata
7.
Rajah
1
Apakah
fungsi alatan dalam Rajah 1 di atas?
A. Menyimpan bahan berbahaya dan mudah terbakar
B. Merawat kemalangan kecil sebagai rawatan awal
C. Tempat menyimpan alatan keselamatan diri
D. Tempat menyimpan alatan selepas digunakan
8. Pelajar
perlu membuka semula kit model dengan cermat dan
memastikan
komponen tersebut mencukupi sebelum disimpan
ke dalam _______________.
A. bekas penyimpanan
B. peti pertolongan cemas
C. panel alatan tangan
D. bekas bahan
9. Apakah cara yang terbaik bagi menyelesaikan
masalah yang
dihadapi?
A. Membiarkan berlaku
B. Tidak memikirkan tentang sesuatu masalah
C. Menyatakan masalah kepada orang lain
D. Mengumpul maklumat berkenaan masalah
10. Rancang dan bina projek eksperimental
mengikut
__________ bersesuaian dengan ujian yang
dilakukan.
A. Kekukuhan yang diperlukan
B. Kos yang dihadkan
C. Saiz ukuran
D. Kehendak diri
11. Mengapakah melayari internet boleh dijadikan
satu cara
dalam mengumpulkan maklumat?
A. Ramai kawan dalam laman sosial
B. Boleh bermain perlawanan
C. Memerhati masalah
D. Terdapat banyak bahan bacaan dalam internet
12. Kaedah
_____________ merupakan kaedah yang memerhati
sendiri dan
menjalankan kajian lapangan bagi masalah yang
berlaku.
A. soal selidik
B. Pemerhatian
C. Melayari internet
D. Perbincangan kumpulan
13. Apakah tindakan
yang perlu dilakukan oleh murid sebelum
memulakan kerja?
I Meneliti
dan memerhatikan gambar projek yang hendak
dibina
II Memastikan kedudukan komponen
III Melakukan inovasi
mengikut kreativiti murid
IV Menjalankan projek tanpa mengikut manual
A. I dan II
C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV
14. ___________ dihasilkan daripada jenis gentian yang
diperbuat daripada
serat kayu lembut yang dimampatkan.
A. Plastik
B. Medium-Density Fibreboard (MDF)
C. Papan lapis
D. Bod lekap
15.
Rajah 2
Apakah
fungsi alatan dalam Rajah 2 di atas?
A. Menanda dan membuat
garisan pada kayu
B. Memotong bod lekap dan
plastic
C. Mengukur dan memindahkan
jarak
D. Memotong kayu mengikut
sudut yang dikehendaki
Isnin, 13 Oktober 2014
KHASIAT LEMON
LEMON mengandungi gizinya yang tinggi seperti vitamin C, vitamin B, fosfor,
protein, dan karbohidrat. Lemon juga mengandung flavonoid, iaitu komposit
yang mengandungi antioksidan dan memiliki sifat melawan kanser. Hal ini
membantu mencegah diabetes, sembelit, tekanan darah tinggi, demam,
gangguan pencernaan, dan banyak masalah lain termasuk menyihatkan kulit,
rambut, dan gigi.
Jumaat, 5 Julai 2013
TIPS MEMPERKAYAKAN SUMBER PROTEIN
1. Perbanyakkan penggunaan susu tepung penuh krim kurang lemak dalam makanan anda untuk memperoleh khasiat protein yang berlipat ganda.
2. Ubah selera anda dengan menambahkan keju yang siap diaparut ke dalam sup, hidangan sayur, nasi dan mi.
3. Telur adalah protein yang mudah didapati. Rebuskannya,kemudia cincang hingga hancur dan masukkannya ke dalam masakan seperti sos, sup dan hidangan berkuah yang lain.
4. Daging atau ayam yang digoreng kunyit tentu menjemukan. Sesekali cubalah celupkan bersama telur atau susu kemudian sadurkan dengan gandum sebelum dibakar atau digoreng.
5. Gantikan penggunaan air dalam masakan dengan susu atau pati santan. Tetapi awas, pastikan garam dan gula juga seimbang agar tidak memuakkan.
6. Pilihlah pencuci mulut yang diperbuat daripada telur, susu atau krim seperti kek span, kastad dan puding.
Langgan:
Catatan (Atom)